Assalamu’alaikum
WBT & Salam Sejahtera,
Pada
entri yang lepas, saya ada kongsikan tentang makna UKHUWAH. Dan pada entri kali
ni, saya nak kongsikan APA ITU TARBIAH. Tentu ada yang hairan, apa kaitannya
ukhuwah dan tarbiah?
Dan,
ramai yang tidak sedar tentang kewujudan proses tarbiah di dalam sebuah
ukhuwah.
Dalam
blog PANDAkwah ni, dua perkara ini saya jadikan ia sebagai tema utama. Kerana
apa yang saya cuba ketengahkan adalah tentang hikmah bersama tarbiah di dalam
ukhuwah. Secara dasarnya, ramai antara kita hanya faham ukhuwah tanpa memahami
tarbiah yang hadir bersamanya. Contohnya, apabila berlaku permasalahan di dalam
ukhuwah, apa yang kita nampak kita nilai hanyalah sikap masing-masing. Namun,
apakah hikmah dan unsur tarbiahnya? Ini yang kita nak korek…
Tapi,
sebelum saya terus kepada perkongsian kisah-kisah kehidupan berkaitan ukhuwah
dan tarbiah, jom kita fahami dan hadam dulu APA ITU TARBIAH?
Apabila
kita merujuk kepada kamus bahasa Arab kita akan mendapatkan bahwa kata
"Tarbiyah" sedikitnya memiliki tiga asal kata ;
Pertama,
robaa-yarbuu yang bererti bertambah
dan berkembang. [Surah ar-Rum : 39].
Kedua,
robiya-yarba yang bererti tumbuh dan
terbina.
Dan
ketiga, robba-yarubbu yang bererti
mengishlah, mengurus dan memberi perhatian.
Kemudian
para ulama mengembangkan pengertian lughowi ini menjadi pengertian istilahi
dari tarbiyah. Imam Baidhawi (685 H) mengatakan dalam tafsirnya ‘Anwarut-Tanzil Wa Asrarut-Ta'wil’,
'Makna asal dari kata ‘Robb’ adalah tarbiyah iaitu menghantarkan sesuatu secara bertahap hingga sampai ke tingkat kesempurnaan.'
Dalam
kitab Mufradat, Ar-Raghib
Al-Ashfahani mengatakan,
'Makna asal dari kata ‘Robb’ adalah mengembangkan dan menumbuhkan sesuatu secara bertahap hingga sampai kepada kesempurnaan.'
Dalam
Risalah Tarbiyah wat Ta’lim karya Abu
Hamidah Al-Harbi pula mengatakan bahawa;
‘Tarbiyah merupakan usaha yang terus
menerus dan pemupukan yang konsisten.’
Manakala,
definisi tarbiah pada individu - ia
adalah proses pendidikan/pengembangan diri individu itu untuk mencapai
kebaikan/kesempurnaan secara bertahap.
Secara umumnya,
tarbiah adalah suatu proses yang bersifat ‘mendidik’. Proses inilah yang
berlaku di dalam ukhuwah. Proses ini melalui pelbagai fasa yang berbeza. Kita
yang mengalaminya juga akan merasakan suatu kesan yang berbeza-beza. Cara dan
bagaimana ia berlaku juga tidak sama. Mungkin ada yang berkata, “Sekarang mudahlah
nak faham sebab dalam teori.”
Ta-pi,
tak susah pun nak faham bila kita alaminya sendiri. APA YANG PENTING, kita
sentiasa celik tentang wujudnya ‘proses’ tarbiah dalam kita berukhuwah. ;)
Sekian
saja perkongsian kali ini. Semoga Allah kurniakan kefahaman kepada kita semua
atas perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini. Aamiin~
P.s: Kehidupan ini adalah Universiti Tarbiah. Ukhuwah salah satu kursus yang disediakan. Kita adalah para pelajar. Ujian itu penentu LULUS atau GAGALkah kita disisi nilaian Murrobi Agung - Allah SWT.


No comments:
Post a Comment
Sudilah beri pandangan yang berhemah dan berhikmah :)