Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pertama sekali, Alhamdulillah.
PanDakwah ingin ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kerana sudi singgah menjengguk disini.
Tentu sekali kalian tertanya-tanya tentang apakah blog ini dan mengapa ia diwujudkan dengan nama Panda? Apa kaitannya dengan makhluk berwana hitam putih yang bertubuh comel itu? Adakah populasi panda pada hari ini sudah mula keluar berdakwah? (Ha-ha. Gurau2) Baiklah, saya akan terangkan.
PanDakwah - adalah gabungan 3 perkataan. Iaitu PANDA (gelaran sentimental untuk penulis blog ini), UKHUWAH dan TARBIAH.
Bila digabungkan ketiga-tiganya, maka jadilah PANDAKWAH. Pada masa yang sama ia juga membawa maksud 'berdakwah'.
Penulisan disini adalah hasil cetusan idea si penulis bebas yang tidak terikat dengan mana-mana badan berautoriti (cehwah! acah-acah serius bunyinya). Ia juga mungkin bergenre puisi, kisah ringkas (cerpen), perkongsian daripada pengalaman dan juga sirah. Setiap penulisan disini juga adalah untuk rujukan dan simpanan si penulis sendiri pada masa akan datang. Cetusan idea dan perkongsian di blog ini BUKANLAH 100% berkait dengan kehidupan si penulis. Kemungkinan ia inspirasikan oleh pengalaman insan-insan terdekat, kenangan individu dan daripada bahan bacaan. Kesemua adunan inilah yang menjadi ramuan dan rencah penulisan disini. Berkemungkinan juga, rujukan daripada al-Quran, hadis-hadis sohih, dan kitab-kitab sirah para ulama' akan di kaitkan di dalam penulisan. Mudah-mudahan ada barokah. InsyaAllah.
Akhir kata,
Semoga kalian yang membaca atau sekadar sekilas jeling-pandang, akan mendapat manfaat yang baik. Sekiranya, ada mana-mana kekurangan, kesalahan atau ketidakfahaman, janganlah segan silu untuk meninggalkan respon kalian diruangan komen dengan penuh berhikmah dan berhemah. InsyaAllah, PanDakwah akan berlapang dada untuk menerima segala teguran dan nasihat.
Selamat Membaca!
Semoga Allah rahmati kalian.
- PANDAkwah a.k.a Si Penulis Bebas.

No comments:
Post a Comment
Sudilah beri pandangan yang berhemah dan berhikmah :)