Assalamu'alaikum WBT & Salam Sejahtera,
Alhamdulillah.
Ini adalah entri pertama atau pembukaan bagi blog yang bertemakan ukhuwah dan tarbiah ini. Sejujurnya, saya sendiri bukanlah orang yang layak digelar alim atau 'arif untuk mengulas tentang dua perkara ini. Malah, saya sendiri di 'saat ini' sedang cuba mengorek, mendalami dan cuba untuk memahaminya. Jadi, di blog inilah kita akan sama-sama berkongsi rasa, kisah, ibrah, hikmah dan tarbiah daripada sebuah ungkapan U.K.H.U.W.A.H.
Mungkin ada yang sedia tahu, mungkin ada juga yang kurang tahu tentang APA MAKSUD UKHUWAH? Jom kita raikan persoalan ini.
Dalam kamus bahasa arab Ukhuwah (الأُخُوَّة ) bererti persaudaraan . Jika kita sebut Ukhuwah al-Islamiyyah ini berarti Ukhuwah yang terjalin antara muslim kerana ke-islaman-nya bukan kerana faktor lain.
Ada juga yang mengatakan bahawa Ukhuwah berasal daripada perkataan Arab iaitu 'akhun' yang bermaksud saudara, kawan, teman dan sahabat.
Imam Hassan al-Banna pernah berkata,
"Aku maksudkan dengan Ukhuwah ialah; Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamakan orang lain."
Ukhuwah juga pada mulanya bererti “ persamaan dan keserasian
dalam banyak hal”. Kerananya persamaan dalam keturunan mengakibatkan
persaudaraan, persamaan dalam sifat-sifat juga mengakibatkan persaudaraan.
[Sumber: Al Qiyam Al Islamiyah fi Al-Suluk Al-Iqtisadiy]
Nak tau? Ukhuwah ada bermacam-macam.
Ukhuwah fi al Ubudiyyah, iaitu bahwa seluruh makhluk adalah
bersaudara dalam erti memiliki persamaan. "Dan tidaklah binatang-binatang yang
ada dibumi, dan tidak pula burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya,
kecuali umat seperti kamu juga." [QS Al an'am {6}; 38]. Persamaan ini antara
lain, dalam ciptaan dan ketundukan kepada Allah [QS. Al Baqarah
{2}; 28].
Ukhuwah fi al insaniyah, dalam erti seluruh manusia
bersaudara, kerana mereka semua bersumber dari ayah dan ibu yang satu.
"Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan
satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging
saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik
kepadanya." [QS Al hujurat, 49:
12], berdasarkan pembagian ukhuwah yang kedua ini maka semua manusia tanpa
melihat agama adalah bersaudara, sehingga tidak salah kalau masalah-masalah
sosial semua manusia harus saling bantu, saling menghargai, saling menghormati.
Hal ini dijelaskan dalam al-Qur’an "Apabila kamu diberi penghormatan
dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih
baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa).
Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu." [Qs an Nisa’ 4, 86]
Ukhuwah fi al-wathaniyah wa al nasab. Persaudaraan dalam
keturunan dan kebangsaan seperti yang disyaratkan dalam al-qur'an artinya:
"Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum 'Aad saudara mereka, Hud. Ia
berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu
selain dari-Nya. Maka mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya." [Qs Al
A’raf, 7: 65], dan [Qs Al Hujurat 10-12].
Ukhuwah fi din al
Islam, persaudaraan antara sesama muslim seperti dalam surah Al- Ahzab ayat 5.
demikian juga dalam sabda Rasul SAW. "Antum ashabi, ikhwanuna al ladzina
ya’ tuna ba’di” (kalian adalah sahabat-sahabatku, saudara-saudara kita adalah
yang datang sesudah (wafat) ku.) [Quraish Shihab, 1994 : 358]
Setelah melihat huraian yang agak panjang diatas. Maka jelaslah ukhuwah yang sejati adalah yang dibina berasakan iman. Dan tidak sempurna iman jika tidak berukhuwah. Kedua-duanya saling berkait dan inilah perkara yang PERLU kita faham, kita hadam supaya ukhuwah yang terbina mempunyai kualiti di sisi Allah SWT.
InsyaAllah, pada entri yang seterusnya saya akan kongsikan tentang tahapan/peringkat ukhuwah.
Penting ke nak tau?
Eh, mestilah penting. Ini asas dalam berukhuwah atau membina persahabatan. Umpama kita nak bina sebuah rumah yang besar, kukuh dan cantik. Tentu sekali kita akan memilih bahan binaannya yang berkualiti tinggi. Malah kita sendiri yang akan buat penelitian reka bentuk yang kita sukai sebelum arahkan kontraktor rumah membinanya. Begitu juga dalam berukhuwah atau persahabatan. Biar kita bina dengan ilmu daripada terus membina dengan kejahilan yang akhirnya membawa kepada kemusnahan hubungan.
Baiklah, sekian saja untuk kali ni. Sudilah menjengguk entri yang seterusnya. Mudah-mudahan segala yang dikongsi ini memberi manfaat pada kalian. InsyaAllah.


No comments:
Post a Comment
Sudilah beri pandangan yang berhemah dan berhikmah :)